Saiyidina Hassan Dan Pemuda Badui

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Pada suatu hari Saiyidina Hassan sedang duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang pemuda badui, lalu mencaci Hassan dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar saja tanpa sedikit pun berubah ekspresi wajahnya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai badui, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merisaukan hati engkau?." Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badui itu terus memaki.Kemudian Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa kantong yang berisi uang perak lantas diberikannya kepada badui itu dan berkata: "Wahai badui, maafkanlah saya. Ini saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."
Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berhasil melembutkan hati orang badui tersebut. Badui itu menangis terisak-isak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku karena berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahwa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."
older posts newer posts back home